kemuncup
Kemuncup (Chrysopogon aciculatus Retz)
adalah sejenis rumput dari keluarga Poaceae (dulu keluarga Graminae) yang tumbuh dibanyak kawasan dan bijinya
sering melekat pada seluar jika kita melaluinya. Rumput ini juga dipanggil
sebagai Rumput Jarum atau dalam bahasa Inggeris sebagai Love
grass atau juga dipanggil sebagai pilipiliuala. Rumput
kemuncup ini mempunyai nama botani sinomim dengan Andropogon aciculatus
Retz. Rumput kemuncup tumbuh dikawasan terbuka dengan renek yang mudah kita
jumpa dikawasan lapang seperti dipadang bola, tepi jalan, halaman rumah, dalam
kebun, diatas padang golf dan sebagainya. Rumput ini juga merupakan rumput yang
ditanam dikawasan padang bolasepak kerana ia mempunyai daya ketahanan baik
serta tahan lasak.
Comments
Post a Comment